SELALU SAJA ADA KEBAIKAN DALAM KEBURUKAN

"Selalu saja ada kebaikan dalam keburukan"

Kadang-kadang kita bila kita menghadapi hari yang kurang baik kita selalu mengatakan bahawa "ini adalah hari SIAL BAGIKU" ... atau ketika TUHAN mengambil sesuatu yang berharga dari hidup kita, mungkin pernah terucap dari mulut kita "TUHAN ITU GAK ADIL" ...

Namun ketahuilah bahawa apa yang kita fikirkan itu semuanya adalah salah, TUHAN itu gak pernah salah dalam mencipta hari, ataupun kejadian-kejadian dalam kehidupan kita manusia. Di kitab Kejadian ketika Tuhan telah menciptakan segala sesuatunya, selalu di akhiri dengan "ALLAH melihat bahawa semuanya itu Baik" ... jadi kesimpulannya bahawa semua hari itu adalah baik, yang menjadikan Hari itu tidak Baik atau SIAL itu adalah manusia itu sendiri yang menurut pola pikirnya.

Namun mari kita melihat dari segi sudut pandang yang berbeza ....

"Bila hari ini anda mengalami musibah, apapun itu bentuknya, cubalah untuk tidak mempersalahkan hari ini, namun berusahalah untuk mereflesikan diri, kenapa hal ini boleh Terjadi?? "Faktor apa yang menyebabkan hal ini terjadi?? apakah hal ini terjadi kerana kecuaian anda, atau mungkin anda sedang di ajar untuk selalu berhati-hati dan selalu waspada dalam setiap keadaan ..

Didalam hidup manusia selalu saja ada kerikil-kerikil kecil yang cuba untuk menguji hidup ini, namun lihatlah dari sisi pandang yang berbeza, "kenapa Tuhan Memberikan Kerikil-kerikil kecil tersebut masuk ke dalam hidup anda?? "Mungkin untuk menguji kemurnian hati anda, ketaatan anda, dan ketakukan anda untuk selalu bersandar kepada Tuhan dan menaruh pengharapan anda kepada Tuhan .. Jadi jangan selalu menumpukan pada kerikil kecil tersebut, namun berfokuslah pada MANFAAT KERIKIL KECIL TADI dalam hidup anda.

Selalu saja Ada kebaikan dalam Keburukan ...

ingat cerita bangsa Israel ketika mereka keluar dari perhambaan mesir?? Mengapa mereka harus melintasi padang gurun yang memakan masa sekian lama??? bukankah ini adalah suatu keburukan buat mereka?? namun bila kita melihat dari sisi pandang yang lain, TUHAN SEDANG INGIN MEMURNIKAN bangsa israel yang tegar tengkuk itu ...

Selalu mengucap syukurlah dalam segala hal untuk segala sesuatu yang terjadi dalam kehidupan anda, kerana ini adalah Senjata anda untuk selalu berfikir yang positif dan selalu berfikir bahawa "SELALU ADA KEBAIKAN DALAM KEBURUKAN" ..

God Bless Us ..