Mengenal Tuhan Dengan Lebih Sungguh-Sungguh

Banyak orang berfikir bahawa kita mengenal Tuhan sama dengan kita mengenal manusia, dengan bertemu satu kali saja kemudian selesai. Itu tidaklah boleh kita samakan dengan kita mengenal Tuhan. Sebab jika kita berprinsip demikian maka orang yang sudah 10 tahun mengikut Tuhan tidak akan mengalami pertumbuhan iman.

Kita mengenal Tuhan secara berperingkat, terus mengalami peningkatan seperti burung nazar yang terus terbang naik dan tidak mengalami stagnasi. Sebab jika manusia tidak mengalami pertumbuhan maka ia akan mati. Mungkin kita berfikir bahawa orang Israel adalah umat Tuhan pasti mereka sudah mengenal Tuhan, mereka adalah orang Yahudi masa tidak mengenal Tuhan?

Kisah Para Rasul 9:5, Jawab Saulus: "Siapakah Engkau, Tuhan?" Kata-Nya: "Akulah Yesus yang kauaniaya itu.

Banyak orang Kristian yang tidak mengenal Allahnya, contohnya Rasul Paulus pergi ke Damsyik, ditengah perjalanannya Tuhan menampakkan diri kepada dia kemudian Tuhan berkata: "Hai Saulus, mengapa engkau menganiaya Aku? Saulus bertanya: "Siapakah Engkau?"

Saulus adalah orang yang pintar, dan bijak, sebab jika ia tidak bijak, tidak mungkin ia diberi kuasa untuk menangkap bahkan membunuh seluruh orang Kristian yang ada di Damsyik oleh gurunya yang bernama Gamaliel. Gamaliel juga termasuk orang yang luar biasa kerana mampu memberikan perintah untuk membunuh bahkan mungkin kitab Taurat sudah dihafal diluar kepala. Namun mengapa orang yang kelihatannya sempurna justeru belum mengenal Tuhan?

Sunguh-sunguh MENGENAL TUHAN
Hosea 6:1-6, "Mari, kita akan berbalik kepada TUHAN, sebab Dialah yang telah menerkam dan yang akan menyembuhkan kita, yang telah memukul dan yang akan membalut kita. Ia akan menghidupkan kita sesudah dua hari, pada hari yang ketiga Ia akan membangkitkan kita, dan kita akan hidup di hadapan-Nya. Marilah kita mengenal dan berusaha sungguh-sungguh mengenal TUHAN; Ia pasti muncul seperti fajar, Ia akan datang kepada kita seperti hujan, seperti hujan pada akhir musim yang mengairi bumi. "Apakah yang akan Kulakukan kepadamu, hai Efraim? Apakah yang akan Kulakukan kepadamu, hai Yehuda? Kasih setiamu seperti kabut pagi, dan seperti embun yang hilang pagi-pagi benar. Sebab itu Aku telah meremukkan mereka dengan perantaraan nabi-nabi, Aku telah membunuh mereka dengan perkataan mulut-Ku, dan hukum-Ku keluar seperti terang. Sebab Aku menyukai kasih setia, dan bukan korban sembelihan, dan menyukai pengenalan akan Allah, lebih dari pada korban-korban bakaran.

Mungkin kita berkata bahawa kita sudah mengenal Tuhan namun apakah kita mengenal Dia dengan sungguh-sungguh bukan berdasarkan apa kata orang atau apa kata buku. Mungkin kita berfikir bahawa kita sudah cukup mengenal Tuhan dengan setiap minggu kita ke Gereja? Itu semua tidaklah cukup. Seumpama sepasang anak muda yang bertunang selama hampir 3 tahun namun belum berkahwin, mengapa demikian? Hal itu mereka lakukan supaya mereka saling mengenal lebih dalam lagi sifat buruk dan hal yang baik dari pasangan mereka sebelum masuk ke dalam kehidupan berumah tangga.

Ada orang yang mengatakan bahawa ia sudah mengenal dan mengikut Tuhan sudah 10 tahun.

Tetapi dari dulu hingga sudah sampai 10 tahun jam doanya hanya 10 minit. Hal itu bererti ia tidak mengalami pertumbuhan dan tidak mempunyai rasa haus. Jika kita mengenal Tuhan seperti itu maka jangan hairan jika saat kita beribadah kita akan merasa bosan atau jenuh.

KUAT DAN BERTINDAK
Daniel 11:32, Dan orang-orang yang berlaku fasik terhadap Perjanjian akan dibujuknya sampai murtad dengan kata-kata licin, tetapi umat yang mengenal Allahnya akan tetap kuat dan akan bertindak. Kitab ini ditulis pada saat keadaan sangat sukar, tetapi umat yang mengenal Allahnya adalah orang yang kuat. Siapakah orang yang boleh bertahan dan bertindak? Hanya orang yang mengenal Allah secara sungguh-sungguh yang dapat bertahan pada saat menghadapi keadaan yang sukar.

Jadi pengenalan kita akan Allah perlu kita tinjau kembali, jangan kita merasa puas bahawa kita sudah 30 tahun atau bahkan lebih maka kita sudah mengenal Allah dengan luar biasa. Jika kita merasa sampai disitu saja pengenalan kita kepada Tuhan maka nanti jika antikris datang atau makin mendekat maka iman kita menjadi goyang, sebab banyak orang Kristian akan menjadi murtad dan tidak tahan.

II Petrus 1:2-3, Kasih kurnia dan damai sejahtera melimpahi kamu oleh pengenalan akan Allah dan akan Yesus, Tuhan kita. Kerana kuasa ilahi-Nya telah menganugerahkan kepada kita segala sesuatu yang berguna untuk hidup yang saleh oleh pengenalan kita akan Dia, yang telah memanggil kita oleh kuasa-Nya yang mulia dan ajaib.

Kadang-kadang kita harus melalui sesuatu yang tidak enak atau kurang selesa. Seperti jalan tol yang tidak hambatan namun disana juga terdapat rambu-rambu peringatan yang dipasang bahkan ada yang sengaja dipasang untuk membuat kita waspada dan berhati-hati supaya kita tidak mengalami kemalangan. Tuhan kadang-kadang mengizinkan hidup kita mengalami ketidak nyamanan namun tujuan dari ketidak nyamanan itu bukan untuk membuat celaka hidup kita tetapi bertujuan untuk menyelamatkan kita dari kemalangan-kemalangan rohani. Jangan kita bersungut-sungut ketika kita mengalami ketidak nyamanan.

Pencobaan yang kita alami boleh besar tetapi Tuhan Yesus adalah lebih besar dari pencobaan yang kita alami. Rahsia ini tidak diketahui oleh orang dunia sebab mereka tidak mengenal dan tidak percaya kepada Yesus. Namun berhagialah orang yang percaya kepada Tuhan. Ketika kita mengikut Tuhan kita mungkin mengalami pencobaan, aniaya bahkan cacian namun justru dari sanalah iman kita diuji dan kita dapat melihat kuasa Tuhan yang bekerja secara ajaib melalui pencobaan yang kita alami selama mengiring Dia.

Bagaimana caranya supaya kita boleh mengenal Tuhan lebih sungguh-sungguh? Dengan membaca Alkitab tiap hari walaupun itu mungkin hanya 1 pasal setiap hari tetapi tertanam dalam hati dan kita lakukan daripada 10 pasal sekaligus namun tidak menjadi rhema dalam hidup kita. Kita melakukan apa yang sudah kita baca dan merenungkan kembali apa yang telah kita baca maka kita akan mengenal Dia lebih dalam lagi.

Lukas 24:13-16, Pada hari itu juga dua orang dari murid-murid Yesus pergi ke sebuah kampung bernama Emaus, yang terletak kira-kira tujuh batu jauhnya dari Baitulmuqaddis, dan mereka bercakap-cakap tentang segala sesuatu yang telah terjadi. Ketika mereka sedang bercakap-cakap dan bertukar fikiran, datanglah Isa sendiri mendekati mereka, lalu berjalan bersama-sama dengan mereka. Tetapi ada sesuatu yang menghalang mata mereka, sehingga mereka tidak dapat mengenal Dia.

Mereka Tidak boleh mengenal sebagaimana adanya sebab waktu itu ada "Selaput kekerasan hati" yang menghalang mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat bahawa yang berjalan bersama-sama dengan mereka adalah Yesus. Mereka melarikan diri ke Emaus merupakan bukti bahawa mereka mempunyai kekerasan hati atau kekecewaan

Kedua-dua orang ini adalah murid Yesus, namun selama perjalanan mereka tidak dapat melihat Yesus walaupun Yesus terus memberitakan Injil selama perjalanan mereka.

Lukas 34: 31-35, Ketika itu terbukalah mata mereka dan mereka pun mengenal Dia, tetapi Ia lenyap dari tengah-tengah mereka. Kata mereka seorang kepada yang lain: "Bukankah hati kita berkobar-kobar, ketika Ia berbicara dengan kita di tengah-tengah jalan dan ketika Ia menerangkan Kitab Suci kepada kita?" Lalu bangunlah mereka dan terus kembali ke Baitulmuqaddis. Di situ mereka mendapati kesebelas murid itu. Mereka sedang berkumpul bersama-sama dengan rakan-rakan mereka. Kata mereka i tu: "Sesungguhnya Tuhan telah bangkit dan telah menampakkan diri kepada Simon." Lalu kedua-dua orang itu pun menceritakan apa yang terjadi di tengah-tengah jalan dan bagaimana mereka mengenal Dia pada waktu Ia memecah-mecahkan roti.

Mereka menjadi berani melangkah dan semua keadaan mereka juga berubah setelah mereka melihat Yesus dan semangat mereka kembali berapi-api. Tuhan mahu supaya kita berapi-api untuk melayani dan menjadi saksi Tuhan di mana-mana kita berada sehingga kita boleh mengenal Allah lebih dalam lagi.

ARTI MAKIN MENGENAL TUHAN
Makin kita mengenal Tuhan itu bererti bahawa watak Tuhan juga makin bertambah dalam hidup kita. Sebab tidak mungkin orang yang mengenal Kristus tidak memiliki ciri-ciri Kristus dalam hidupnya sehingga kita tidak perlu memberi tahu kepada orang lain bahawa kita mengenal Tuhan sebab perbuatan kita berbicara lebih keras daripada perkataan kita. Perubahan yang terjadi dalam hidup kita akan membuat orang bertanya-tanya dan dengan begitu akan lebih mudah kita berkata bahawa yang menyebabkan hidupku berubah adalah kerana Kristus yang ada dalam hidup saya dan kerana pengenalan kita akan Kristus Yesus.
Kenalilah Tuhan kita lebih sungguh supaya kita dapat mengalami perubahan hidup yang luar biasa. Ingat, perbuatan kita berbicara lebih keras daripada perkataan kita. Amin!

Sumber: Warta Jemaat 3 Januari 2010