Generasi Akhir Zaman

Ibarat tanaman yang perlu disiram dengan air agar tidak menjadi kering dan mati; demikian pula rohani kita perlu untuk disirami dengan Firman Tuhan. Ada begitu banyak orang Kristian yang kering rohaninya oleh kerana mereka tidak terus menerus membuka hati untuk disirami oleh Firman Tuhan. Mungkin ia pernah disirami Firman Tuhan, tetapi sekarang tidak lagi. Sama seperti tanaman yang disiram setiap hari secara rutin, maka demikian pula kita perlu disirami Firman Tuhan terus menerus, seumur hidup kita.

Saya teringat akan tanaman bonsai. Bagaimana caranya membuat tanaman bonsai? Cukup ditanam dalam media yang lebih kecil (bukan tanah yang luas) dan diberi tanah tanah dan air yang sedikit, tidak perlu setiap hari disirami. Semua yang diberikan cukup sedikit-sedikit.

Tanaman bonsai itu kecil tetapi menarik dan harganyapun lumayan mahal. Tetapi Kristian bonsai tidaklah demikian. Janganlah kita menjadi Kristian bonsai sebab hal itu bukanlah menjadi harapan Kristus. Allah menghendaki agar kita tumbuh besar, semakin besar dan kuat di dalam Kristus. Allah menghendaki agar kita terus mengalami terobosan Illahi. Jadi bukalah hati anda untuk terus disirami dengan Firman Tuhan agar sampai pada masa tua, hidup kita masih terus berbuah kerana hidup kita ditanam dalam penggembalaan yang benar. Mazmur 92:13-15, Orang benar akan bertunas seperti pohon korma, akan tumbuh subur seperti pohon aras di Libanon; 14 mereka yang ditanam di bait TUHAN akan bertunas di pelataran Allah kita. 15 Pada masa tua pun mereka masih berbuah, menjadi gemuk dan segar,

GENERASI AKHIR ZAMAN

Wahyu 12:1-6,12
1Maka tampaklah suatu tanda besar di langit: Seorang perempuan berselubungkan matahari, dengan bulan di bawah kakinya dan sebuah mahkota dari dua belas bintang di atas kepalanya. 2Ia sedang mengandung dan dalam keluhan dan penderitaannya hendak melahirkan ia berteriak kesakitan. 3Maka tampaklah suatu tanda yang lain di langit dan lihatlah, seekor naga merah padam yang besar, berkepala tujuh dan bertanduk sepuluh, dan di atas kepalanya ada tujuh mahkota. 4Dan ekornya mengheret pertiga dari bintang-bintang di langit dan melemparkannya ke atas bumi. Dan naga itu berdiri di hadapan perempuan yang hendak melahirkan itu, untuk menelan Anaknya, segera sesudah perempuan itu melahirkan-Nya. 5Maka ia melahirkan seorang Anak laki-laki, yang akan menggembalakan semua bangsa dengan gada besi; tiba-tiba Anaknya itu dirampas dan dibawa lari kepada Allah dan ke takhta-Nya. 6Perempuan itu lari ke padang gurun, di mana telah disediakan suatu tempat baginya oleh Allah, supaya ia dipelihara di situ seribu dua ratus enam puluh hari lamanya. 12Karena itu bersukacitalah, hai syurga dan hai kamu sekalian yang diam di dalamnya, celakalah kamu, hai bumi dan laut! kerana Iblis telah turun kepadamu, dalam geramnya yang dahsyat, kerana ia tahu, bahawa waktunya sudah singkat. "

Yang dimaksud "seorang perempuan" dalam ayat 1 di atas adalah mempelai wanita Syurgawi, iaitu gerejaNya. Kata seorang tidak merujuk kepada jumlah orang (1 orang) tetapi menunjuk kepada satu kesatuan iaitu satu tubuh Kristus.

Dikatakan dalam ayat selanjutnya bahawa perempuan itu sedang mengalami penderitaan oleh kerana sakit bersalin. Kesakitan dalam bahasa Alkitab adalah penderitaan oleh aniaya. Ini bererti Gereja Tuhan sedang kesakitan mau melahirkan jiwa-jiwa. Setiap kali ada kelahiran jiwa-jiwa, pasti didahului dengan penderitaan yang dialami di dalam Gereja. Setiap kali ada terobosan baru dalam penggembalaan, pasti di dahului dengan sakit / penderitaan. Jadi sakit atau penderitaan itu adalah tanda dari suatu terobosan Ilahi yang akan terjadi. Entahkan gembalanya yang mengalami atau suatu kelompok orang percaya. Biasanya, semakin besar penderitaan yang gereja Tuhan alami, maka semakin besar pula terobosan Ilahi yang akan Tuhan berikan. Jadi jangan takut terhadap penderitaan oleh kerana kebenaran, sebab di sebalik penderitaan ada kelahiran jiwa-jiwa, ada terobosan rohani dan ada kemuliaan yang Tuhan berikan.

SIAPAKAH YANG MENJADI SASARAN NAGA?

Naga disini adalah lambang dari iblis. Siapakah sasaran dari naga tersebut? Apakah wanita itu? Tidak! Sebenarnya sasaran utama dari naga itu adalah anak laki-laki yang dilahirkan oleh perempuan itu (ayat 4).

Siapakah anak laki-laki itu? Dan mengapa ia begitu penting sehingga menjadi sasaran dari si Naga (iblis)?
Anak laki-laki itu tidaklah menunjuk kepada satu orang saja tetapi merupakan simbol dari satu generasi muda atau generasi akhir zaman yang akan digunakan oleh Allah untuk melaksanakan suatu tugas penting iaitu yang disenaraikan dalam Wahyu 12:5. Itulah sebabnya mengapa iblis sangat ingin membunuh generasi akhir zaman. Tidak hairan bahawa di dalam Alkitab telah dituliskan bahawa iblis dengan segala cara telah menggunakan orang-orang untuk membunuh bayi-bayi yang kelak akan melaksanakan tugas khusus dari Allah. Lihat saja kisah bayi Kristus, bayi Musa dan bayi orang Israel yang terus diburu dan ingin dibunuh oleh iblis.

Setelah mengerti hal ini maka kita tidak akan hairan bila sampai hari ini ada saja kejadian tentang penculikan dan pembunuhan bayi-bayi/anak kecil. Kemungkinan bahawa bayi-bayi dan anak-anak itu adalah orang-orang yang masuk dalam kategori anak laki-laki yang akan menggembalakan semua bangsa sesuai yang disenaraikan dalam Wahyu 12 ini.

Sangat disayangkan bahawa ada anak-anak muda yang akan digunakan oleh Tuhan namun telah ditangkap oleh dadah, free sex, hura-hura, putus asa dll. Ketahuilah bahawa semua hal itu adalah stategi iblis untuk membunuh anda. Dan jangan saudara terkejut kalau menurut survey bahawa jumlah terbesar korban kemalangan lalu lintas yang meninggal adalah orang-orang muda. Mengapa sasaran iblis tertuju kepada generasi muda? Kerana iblis tahu bahawa generasi muda ini akan digunakan oleh Tuhan untuk melaksanakan tugas mulia. Oleh sebab itu sebelum dewasa ia ingin membunuhnya.

Iblis sudah tahu bahawa waktunya sudah sangat singkat (ayat 12), oleh sebab itu ia bekerja habis-habisan. Namun Allah sangat mengasihi kita sehingga Allah memberi tahukan kepada kita hal-hal yang akan terjadi supaya kita (gerejaNya) terus waspada dan memahami apa yang harus dilakukan.

Apa yang tertulis dalam Wahyu 12 ini adalah suatu peperangan besar. Dan kita tidak boleh tinggal diam! Janganlah kita mengabaikan tanda yang besar ini, sebab peperangan itu sedang terjadi. Jangan menjadi orang bodoh yang seolah-olah tidak tahu apa yang sedang berlaku. Hendaklah kita memiliki hati yang bijaksana dan responsif terhadap peringatan Tuhan. Hargailah setiap masa dan kesempatan yang diberikan sebab waktu ini sudah singkat. Kata Tuhan: "Pada hari ini, jika anda mendengar suara-Nya, janganlah keraskan hatimu seperti dalam kegeraman, (Ibrani 13:5). Mengapa harus hari ini? Kerana segala sesuatu ada waktunya. Untuk menyediakan minyak ada waktunya, untuk masuk ke dalam pesta ada waktunya. Mungkin kita berkata bahawa Tuhan itu keras sekali, masa untuk membuka pintu sedikit sahaja tidak boleh. Tuhan tidak keras namun IA tepat pada masanya. Jangan sampai kita terlambat dalam mempersiapkan diri.

Generasi muda, anda sangat berharga dimata Tuhan. Bagaimanapun caranya anda lahir ke dunia ini - tidak penting. Yang penting adalah bagaimana anda hidup di dunia ini dan Allah ingin supaya anda hidup sesuai kehendakNya; sebab Allah mempunyai rencana yang besar ke atas hidup anda! Memang iblis ingin membunuh anda dengan segala asa dan menggoda anda dengan keinginan-keinginan duniawi, tetapi pandanglah kepada Allah - sebab dari sanalah keselamatanmu.

Para orang tua hendaklah merawat anak-anak mereka dengan baik dan mendidik mereka dalam kebenaran Firman Tuhan. Janganlah orang tua menjadi alat iblis yang justru membunuh anak mereka sendiri. Melainkan para orang tua haruslah berada dalam rencana Allah iaitu untuk melahirkan keturunan-keturunan Illahi.

Maleakhi 2:13-15,
13Dan inilah yang kedua yang anda lakukan: Kamu menutupi mezbah TUHAN dengan air mata, dengan tangisan dan rintihan, oleh kerana Ia tidak lagi berpaling kepada persembahan dan tidak berkenan menerimanya dari tanganmu. 14Dan kamu bertanya: "Oleh kerana apa?" Oleh sebab TUHAN telah menjadi saksi antara engkau dan isteri masa mudamu yang kepadanya engkau telah tidak setia, padahal dialah teman sekutumu dan isteri seperjanjianmu. 15Bukankah Allah yang Esa menjadikan mereka daging dan roh? Dan apakah yang dikehendaki kesatuan itu? Keturunan ilahi! Jadi jagalah dirimu! Dan janganlah orang tidak setia terhadap isteri dari masa mudanya.

Biarlah kita mengikut kehendak Allah. Tidak perlu lagi kita memaki-maki anak kita dengan kata-kata yang tidak berguna; sebab siapa tahu anak itu adalah menjadi salah satu dari anak laki-laki yang akan ikut menggembalakan dengan tongkat besi. Jadi jangan permainkan perkahwinan anda sebab Allah menginginkan supaya anda melahirkan kerurunan Illahi.

Dipihak ALLAH

Dalam Keluaran 1: kita boleh membaca bagaimana usaha iblis untuk membunuh bayi-bayi bangsa Israel. Pada waktu itu ada begitu banyak bayi-bayi yang lahir dari orang Ibrani yang tinggal di Mesir selama 430-450 tahun. Firaun menjadi takut dan ia memerintahkan agar bayi laki-laki yang baru lahir dari perempuan Ibrani haruslah dibuang ke sungai Nil. Dan Firaun menugaskan 2 orang bidan untuk menjaga setiap orang Ibrani yang akan melahirkan. Namun ternyata ke 2 bidan ini mempunyai takut akan Tuhan, mereka tidak berani untuk membuang bayi-bayi itu ke sungai Nil (Kel 1:15-17).

Ketika diketahui oleh Firaun maka ia menjadi marah dan ia bertanya kepada 2 orang ini, mengapa mereka melakukan hal tersebut? Bidan itu pun menjawab bahawa perempuan Ibrani lebih kuat melahirkan daripada perempuan Mesir dan bayi mereka kuat-kuat (Keluaran 1:18).

Allah telah turut campur tangan dalam kelahiran bayi Ibrani. Demikian pula Allah turut campur tangan dalam kelahiran keturunan Illahi. Mereka akan tumbuh menjadi anak-anak nombor satu dan mengalahkan dunia. Apapun stategi dan siasat iblis - tidak akan dapat mengalahkan kuasa Allah. Oleh sebab itu pastikan bahawa anda sudah berada di pihak Allah.

Stategi PEPERANGAN

Menyusun program yang baik tidak-lah salah untuk menjangkau anak-anak muda. Tetapi program tanpa kuasa Roh Kudus, tentu tidaklah berguna. Anak-anak muda juga perlu pengajaran Firman Tuhan untuk dapat tumbuh menjadi peribadi yang kuat.

Telah dituliskan bahawa anak laki-laki itu mempunyai tugas penting iaitu untuk menggembalakan semua bangsa. Hal ini menunjukkan kepada kita bahawa penggembalaan adalah suatu hal yang sangat penting. Jadi janganlah mengabaikan penggembalaan.

Sekalipun iblis terus berusaha dengan seluruh kekuatannya untuk membunuh generasi akhir zaman, namun kita janganlah takut, sebab Alkitab mencatatkan bahawa Allah tidak tinggal diam. Anak itu direbut kembali dan di bawah lari kepada Allah dan ke takhta-Nya. Dengan demikian anak itu dapat diselamatkan. Inilah stategi peperangan kita iaitu bawalah anak-anak anda kepada Tuhan dan ke tahtanya, lewat pengajaran Firman dan doa. Dan bagi anak-anak muda, anda harus lari kepada Tuhan dan ke tahtanya. Tempat anda bukanlah dekat dengan duania, kerana pergaulan yang buruk merosakkan kebiasaan yang baik (I Korintus 15:33), usahakanlah agar diri anda selalu ada di dekat Allah. Berilah dirimu dipelihara ditempat dimana Allah ada sebab hidup dekat dengan Allah (bergaul karib dengan Allah) adalah hidup yang berkemenangan. Amin.