I. SEPERTIGA
1. HUKUMAN I: 1/3 DARAT
Wahyu 8:6-7
6 Dan ketujuh malaikat yang memegang ketujuh sangkakala itu bersiap-siap untuk meniup sangkakala. 7Lalu malaikat yang pertama meniup sangkakalanya dan terjadilah hujan es, dan api, bercampur darah dan semuanya itu dilemparkan ke bumi, maka terbakarlah pertiga dari bumi dan sepertiga dari pohon-pohon dan hanguslah semua rumput-rumputan hijau.
Ini adalah bencana kebakaran terbesar; 1/3 dari bumi terbakar. Namun mengapa Tuhan mengizinkan hanya 1/3 saja dari bumi, yang terbakar? Mengapa tidak seluruh bumi dibakar habis, sehingga masih ada 2/3 bahagian bumi ini yang tidak terbakar, dimana manusia boleh bertahan hidup di situ, bahkan di tempat itu mereka masih boleh bertaubat?
Hukuman Tuhan yang dicurahkan pada 1/3 bahagian bumi adalah ketegasannya atas dosa. Namun di sebalik itu ada kemurahan Allah untuk 2/3 bumi yang tidak turut terbakar. Jadi disamping Allah mencurahkan hukuman, Allah juga mencurahkan kemurahan-Nya bagi orang yang masih mahu bertaubat dan kembali kepada jalan yang benar serta yang sungguh-sungguh melayani Tuhan. Bahkan kemurahan Tuhan jauh lebih besar daripada hukuman yang dijatuhkannya. Inilah kebaikan Tuhan bahawa di dalam menjatuhkan hukuman, kemurahanNya masih lebih besar.
Dari ayat ini kita dapat mengenal peribadi Allah bahawa IA adalah Allah yang sebenarnya tidak gemar menjatuhkan hukuman. Allah tidak gemar membakar manusia, tetapi IA gemar menyayangi, memberkati dan menyelamatkan manusia. Namun sayang bahawa manusia itu sendiri yang menolak kasihNya. Itulah sebabnya "dengan terpaksa", Allah mencurahkan hukuman atas bumi, dengan harapan bahawa manusia akan bertaubat dan kembali kepada Allah. Tetapi sekalipun demikian, Tuhan masih mengikutkan Kemurahan-Nya yang ternyata jauh lebih besar daripada hukuman-Nya. Tuhan selalu memberi kesempatan yang besar kepada manusia untuk bertaubat dan diselamatkan.
2. HUKUMAN II: 1/3 LAUTAN
Wahyu 8:8-9,
8Lalu malaikat yang kedua meniup sangkakalanya dan ada sesuatu seperti gunung besar, yang menyala-nyala oleh api, dilemparkan ke dalam laut. Dan sepertiga dari laut itu menjadi darah, 9dan matilah sepertiga dari segala makhluk yang bernyawa di dalam laut dan binasalah sepertiga dari semua kapal.
Hukuman Tuhan jatuh atas 1/3 lautan, sehingga ada perang di lautan dan menyebabkan 1/3 laut menjadi darah. Ada pula pencemaran laut sehingga matilah 1/3 ikan dan hidupan lain di dalam laut. Bau amis yang luar biasa. Bahkan 1/3 kapal-kapal binasa sehingga 1/3 penghantaran barang-barang lewat laut menjadi mati yang menyebabkan goncangan yang hebatdalam pasaran dunia.
Mengapa 1/3 bahagian laut dihukum dan masih disisakan 2/3 bahagian? Sama seperti diatas bahawa 2/3 bahagian itu adalah kemurahan Allah yang diberikan kepada manusia untuk bertaubat. Ketika Allah menghukum manusia, IA melakukannya kerana terpaksa. Seperti seorang bapa yang menghajar anaknya. Ketika bapa itu menghajar anaknya, hatinya tidak terarah kepada hukuman atau kesalahan anaknya, tetapi hatinya tertuju kepada harapan bahawa dikemudian hari anak itu dapat menjadi peribadi yang lebih baik. Itulah sebabnya hajaran yang diberikan selalu punya batas dan tidak pernah lebih besar dari pada rasa sayangnya kepada anak tersebut. Bahkan setiap kali ia terpaksa harus menghajar anaknya, hatinya-pun menangis; seolah-olah ia tidak sanggup melihat penderitaan anaknya akibat hajarannya itu. Demikian pula Bapa kita di Syurga, yang selalu menyayangi kita, bahkan kemurahanNya bagi kita selalu lebih besar daripada hukuman yang diberikanNya.
3. HUKUMAN III: 1/3 SUNGAI DAN MATA AIR
Wahyu 8:10-11,
10Lalu malaikat yang ketiga meniup sangkakalanya dan jatuhlah dari langit sebuah bintang besar, menyala-nyala seperti obor, dan ia menimpa sepertiga dari sungai-sungai dan mata-mata air. 11Nama bintang itu ialah apsintus. Dan satu pertiga dari semua air menjadi apsintus, dan banyak orang mati kerana air itu, sebab sudah menjadi pahit.
Bintang besar jatuh dari langit dan menimpa 1/3 sungai-sungai dan mata-mata air. Bintang ini adalah adalah apsintus, boleh juga gambaran dari iblis atau antikris. Dituliskan bahawa 1/3 mata-mata air dan sungai-sungai menjadi pahit kerana kena apsintus ini dan jika orang minum air yang telah tercemar oleh apsintus maka orang tersebut akan mati. Akan banyak orang akan mati dalam kepahitan kerana telah tercemar oleh apsintus - roh kepahitan.
4. HUKUMAN IV: 1/3 MATAHARI, BULAN DAN BINTANG-BINTANG
Wahyu 8:12
Lalu malaikat yang keempat meniup sangkakalanya dan terpukullah pertiga daripada matahari dan sepertiga dari bulan dan satu pertiga dari bintang-bintang, sehingga satu pertiga dari padanya menjadi gelap dan sepertiga dari siang hari tidak terang dan demikian juga malam hari.
Terang siang hari menjadi satu pertiga lebih gelap dan malam akan menjadi semakin gelap sebab 1/3 dari benda-benda penerang (matahari, bulan dan bintang) menjadi gelap. Kengerian yang dahsyat akan segera datang. Tidak ada tempat yang aman dan sejahtera selain di dalam Yesus. Oleh sebab itu persiapkanlah diri anda - tinggalkan dosa dan hiduplah sesuai Firman Allah; dengan demikian anda akan tetap merasa aman sekalipun dunia dan alam semesta bergejolak.
Kalau kita sudah membaca ayat-ayat diatas, maka tidak ada alasan bagi kita untuk tidak mensyukuri kebaikan Tuhan dan memuji Dia. Yang harus kita lakukan adalah bertaubat dan hidup dalam FirmanNya.
II. DOA MENDAHULUI BENCANA-BENCANA
Dalam Wahyu ini dinubuatkan ada 21 macam hukuman yang akan menimpa dunia yang tidak mahu bertaubat. Mulai dari Wahyu 8:6-13 lalu fatsal 9 dan 10. Namun sebelum bencana-bancana itu terjadi, ada suatu gerakan doa yang terjadi di tengah-tengah umatNya (Wahyu 8:1-4). Doa-doa itu akan naik ke tahta Allah.
Wahyu 8:1-5,
1dan ketika Anak Domba itu membuka meterai yang ketujuh, maka sunyi senyaplah di syurga, kira-kira setengah jam lamanya. 2Lalu aku melihat ketujuh malaikat, yang berdiri di hadapan Allah, dan kepada mereka diberikan tujuh sangkakala. 3Maka datanglah seorang malaikat lain, dan ia pergi berdiri dekat mezbah dengan sebuah pedupaan emas. Dan kepadanya diberikan banyak kemenyan untuk dipersembahkannya bersama-sama dengan doa semua orang kudus di atas mezbah emas di hadapan takhta itu. 4Maka naiklah asap kemenyan bersama-sama dengan doa orang-orang kudus itu dari tangan malaikat itu ke hadapan Allah. 5Lalu malaikat itu mengambil pedupaan itu, mengisinya dengan api dari mezbah, dan melemparkannya ke bumi. Maka meledaklah bunyi guruh, disertai halilintar dan gempa bumi.
Apa yang mendahului bencana-bencana? Disini kita dapat melihat dengan jelas bahawa doa mendahului bencana-bencana. Bukan nanti doa datang terlambat; bencana sudah terjadi baru mau gerakkan doa. Doa itu diperlukan sebelum bencana demi bencana menimpa. Doa itu sudah mempelopori terlebih dahulu, sebelum 4 macam hukuman dijatuhkan. Jadi doa ini bukanlah doa-doa biasa tetapi ini adalah doa yang mendahulukan keselamatan umat Tuhan.
Kegerakan doa bukanlah ditandai dengan banyaknya seminar-seminar doa tetapi bertanda dengan semangat untuk berdoa secara universal dalam jemaat Tuhan. Banyak seminar-seminar yang diadakan tentang doa tetapi ketika sudah selesai, pulang ke rumah tidak pernah berdoa lagi. Jika demikian, apalah gunanya seminar tentang doa jika doanya tidak dilaksanakan. Tuhan mahu agar kita tidak hanya ikut seminar-seminar doa namun hendaklah kita juga mengalami kegerakan Allah dalam gerakan doa.
1. BERAPA BANYAK?
Wahyu 8:3 b Dan kepadanya diberikan banyak kemenyan untuk dipersembahkannya bersama-sama dengan doa semua orang kudus di atas mezbah emas di hadapan takhta itu.
Berapa banyak kemenyan yang diberikan? Jumlahnya tidak ditulis secara terperinci - tetapi diwakili dengan kata "banyak". Ini bererti bahawa jumlah kemenyan itu adalah "tanpa batas". Begitulah doa-doa yang dinaikkan tanpa batas. Semakin besar pergumulan yang akan dihadapi, maka semakin banyak pula doa yang dinaikkan.
Saya pun mengalami hal ini. Seringkali bahawa sebelum saya mengalami suatu pergumulan, Roh Kudus menggerakkan saya untuk berdoa. Saya tidak tahu apa yang akan terjadi, tetapi Roh Kudus yang mengetahui segala sesuatu memberi saya aba-aba. Saya menyedari bahawa semakin kuat dorongan itu untuk berdoa, maka semakin besar pula pergumulan yang akan saya hadapi. Dan hasilnya adalah doa adalah kunci kemenangan.
2. GURUH YANG DISERTAI HALILINTAR DAN GEMPA BUMI
Jangan tunggu sampai kemenyan itu habis baru mahu berdoa. Sebab setelah kemenyan itu habis maka pedupaan itu diisi dengan api dari mezmah lalu dilemparkan ke bumi, lalu meledaklah bunyi guruh, disertai halilintar dan gempa bumi (ayat 5).
Hanya ada 2 pilihan bagi kita, iaitu apakah kita mahu mengalami kegerakan doa atau menghadapi guruh yang disertai halilintar dan gempa bumi. Bagi mereka yang mengalami "kegerakan doa", maka mereka tidak akan mengalami "guruh, halilintar dan gempa bumi". Sebaliknya, bagi mereka yang mengabaikan doa maka mereka akan mengalami guruh, halilintar dan gempa bumi. Plihan ada ditangan anda; masa depan anda bergantung kepada pilihan anda sekarang. Apabila anda memilih masa depan sebagai orang-orang yang diselamatkan dari hukuman maka sejak sekarang anda perlu belajar membiasakan diri untuk berdoa. Namun bila anda menolak untuk berdoa bererti anda telah menentukan masa depan anda sebagai sebahagian dari orang-orang yang akan menerima hukuman.
3. SEKARANG ATAU NANTI?
Persiapan yang baik dan berguna selalu dilakukan sebelum hari H. Itulah yang dilakukan oleh 5 anak dara bijak. Tetapi 5 anak dara yang bodoh baru mau mempersiapkan dirinya pada "last minutes". Akibatnya mereka tidak punya cukup waktu untuk mempersiapkan diri sebelum kedatangan mempelai. Sekalipun mereka telah mendapatkan minyak untuk pelitanya, tetapi sudah terlambat - sebab mempelai telah tiba dan pintu kemurahan telah ditutup (Baca: Matius 25:1-13).
Persiapan 5 dara yang bodoh ini menjadi mubasir oleh kerana mereka suka menunda-nunda waktu. Waktu persiapan yang baik adalah SEKARANG! Jangan menunda masa untuk bertaubat, untuk berdoa dan untuk mempelajari FirmanNya. Sebab oleh menunda-nunda waktu persipan itulah, 5 dara ini disebut sebagai orang yang bodoh. Mereka terpaksa kehilangan hal-hal yang sangat berharga. Semestinya mereka tidak perlu kehilangan kesempatan untuk bersukacita dalam pesta Jamuan kawin, semestinya mereka tidak perlu mengalami bencana demi bencana dan tidak perlu mengalami hukuman - kalau mereka tidak menunda-nunda waktu untuk mempersiapkan diri.
Ambillah hikmah dari cerita dari "5 dara bijaksana dan 5 dara bodoh" ini. Jika anda menyediakan diri mulai dari sekarang, maka anda mempunyai peluang untuk bersukacita dalam Jamuan Perkahwinan Anak Domba. Tetapi bila anda menunda waktu persipan maka kemungkinan anda boleh kehilangan kesempatan yang berharga itu. Orang yang mempersiapkan diri adalah orang yang menghargai waktu. Ingatlah bahawa "SEKARANG" adalah waktu yang tepat dan berguna, sedangkan "NANTI" boleh saja menjadi musibah.
4. KOMBIASI: DOA + BERDIAM + MENANTIKAN ALLAH
Kombinas antara doa, berdiam dan menanti dihadapan Allah adalah suatu sikap hidup yang mengundang kuasa Allah. Tetapi "diam dan menanti" yang bagaimanakah yang dimaksudkan?
Mazmur 123:1-2
1Nyanyian ziarah. Kepada-Mu aku melayangkan mataku, ya Engkau yang bersemayam di sorga.2Lihat, seperti mata para hamba laki-laki memandang kepada tangan tuannya, seperti mata hamba perempuan memandang kepada tangan nyonya, demikianlah mata kita memandang kepada TUHAN, Allah kita, sampai Ia mengasihani kita.
Penulis Mazmur ini ingin menggambarkan bagaimana seorang hamba yang berdiam diri menaruh pengharapan kepada tuannya. "Seperti mata para hamba-hambanya" bukan mulut yang selalu terarah (memandang) pada tangan majikannya. Seringkali kita tidak mendapat apa-apa dari Tuhan oleh kerana kita terlalu banyak bicara - kita terlalu banyak meminta dan terus mengomel! Meminta kepada Tuhan tidaklah salah bila hal itu disertai dengan ucapan syukur. Tetapi orang yang meminta sambil mengomel adalah orang-orang yang tidak mengarahkan pandangannya kepada Tuannya. Pandangannya hanya tertumpu kepada keinginan hatinya atau kepada masalah yang sedang dihadapi. Sama seperti bangsa Israel yang tidak dapat bersyukur oleh kerana pandangan mereka telah dibutakan oleh keinginan hatinya sediri dan pergumulan-pergumulan hidup yang dialami. Tetapi kita, hendaklah kita seperti Yosua dan Kaleb yang terus mengarahkan padangan kepada Tuhan bukan dengan pandangan mata yang kosong, melainkan dengan satu pengharapan yang kuat untuk mendapatkan belas kasihan-Nya. Sebab dengan demikian kita akan dapat memperoleh penggenapan janjinya, seperti yang telah dialami oleh Yosua dan Kaleb.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa "diam dan menantikan Tuhan" adalah hal yang sulit dilakukan. Keinginan daging kita selalu ingin cepat dan segera. Tetapi waktu kita tidak sama dengan waktu Tuhan dan rancangan kita bukanlah rancangan Tuhan (Yesaya 55:8). Adalah lebih baik banyak berdoa dan sedikit berbicara berbanding banyak bercakap, tetapi sedikit berdoa-sebab dalam tinggal tenang dan percaya terdapat kekuatan Ilahi.
Untuk menyesuaikan diri kita dengan rancangan Tuhan maka mata jasmani dan rohani kita haruslah menumpukan kepada peribadi Allah. Kita tidak akan boleh tahan berdiam dan menanti dengan cara Tuhan bila focus kita terarah kepada masalah, kelemahan diri atau kepada orang yang membawa masalah bagi kita. Itulah sebabnya syaitan selalu berusaha untuk mengalih tumpuan kita sehingga kita tidak lagi menumpukan kepada Tuhan Yesus. Ketika kita tidak menumpukan kepada Tuhan Yesus, maka kita akan kalah. Walaupun kita masih berdoa tetap kita akan kalah dan doa kita tidak berkuasa. Oleh sebab itu jangan pernah biarkan focus anda melencong kepada hal-hal lain - sebab hal itu dapat mengeruhkan keadaan hidup anda. Sayang sekali bahawa masih banyak orang Kristian yang suka berdoa tetapi salah fokusnya. Dan lebih parah lagi iaitu orang Kristian yang salah focus dan tidak mahu berdoa.
Mengapa raja dan seluruh bangsa Israel begitu ketakutan ketika menghadapi Goliat? Oleh kerana intimidasi yang dilakukan oleh Goliat (Baca: 1 Samuel 17). Goliat berjaya mengarahkan pandangan (focus) seluruh bangsa itu kepada kekuatannya. Keadaan mereka selalu dibandingkan dengan keadaaan Goliat. Ini merupakan kesalahan. Tidak perlu kita membanding-bandingkan diri kita dengan orang lain; sebab Tuhan memakai setiap orang dengan cara yang berbeza-beza. Allah tahu bagaimana memperlakukan kita. Bahagian kita hanya percaya dan taat kepadaNya secara total.
Sekalipun seluruh bangsa itu telah terfokus kepada Goliat, namun ada satu orang yang tetap mempertahankan fokusnya kepada Tuhan, Daud. Hal ini terungkap lewat perkataannya baik kepada orang sebangsanya maupun terhadap Goliat (Baca: 1 Samuel 17:37, 45-47).
Itulah sebabnya mengapa Daud menang, iaitu kerana ia tidak memberi tumpuan kepada masalah. Kunci kemenangan Daud adalah menumpukan kepada Allah. Perhatikanlah apa yang dikatakan Daud: "Sebab di tangan Tuhanlah pertempuran dan Iapun menyerahkan kamu ke dalam tangan kami". Allah-lah yang memberikan kemenangan itu kepada kita. Tidak ada jalan lain untuk meraih kemenangan demi kemenangan selain menumpukan kepada Allah.
Jangan memperkatakan masalah-masalah anda, tetapi perkatakanlah kedahsyatan Allah. Seringkali Allah terpaksa menggiring kita masuk ke dalam pencobaan hanya untuk mengajar mulut kita untuk diam. Inilah yang sering saya alami ketika saya berada di dalam masalah-masalah yang besar, iaitu Tuhan ajar saya untuk diam dan menyerahkan diri secara total kepadaNya. Biar Allah yang menjadi hakim dan jangan biarkan mulut anda menghakimi orang lain atau diri sendiri. Setiap kali saya mau mengalami kemenangan, saya disuruh diam lebih dahulu, sebab menantikan waktu Tuhan adalah cara yang terbaik.
Mengapa kita disuruh diam? Kerana Tuhan ingin bicara. Seringkali Tuhan tidak dapat berbicara kepada kita kerana kita terus berbicara. Dengan terus berbicara, kita menutup peluang untuk Allah berbicara dan menunjukkan jalanNya.
Perhatikanlah apa yang dilakukan oleh seorang guru bila hendak mengajar. Tentu sang guru akan meminta murid-muridnya untuk diam terlebih dahulu sebelum ia mulai mengajar. Mengapa? Sebab guru tidak akan dapat mengajar dengan baik dan murid tidak akan memperhatikan dengan baik bila murid-muridnya tidak diam.
Jadi dengan berdiam, anda memberi kesempatan kepada Tuhan untuk berbicara. Jangan terus mengeluh dan mengomel, tetapi pujialah Tuhan diatas segala perkara. Berdiam diri termasuk tidak membuat pembelaan diri di hadapan Allah dan manusia. Tuhan lebih tahu bagaimana menyelesaikan masalah kita berbanding diri kita sendiri. Biarkanlah Tuhan sendiri yang bertindak. Amin ..

























