I. Apakah Pujian Itu?
Erti kata PRAISE (Pujian) dalam bahasa Ibrani:
1. Todah = mengangkat tangan tanda amengucap syukur. Maz.50: 23
2. YADAHA = Mengangkat tangan serta menikmati hadirat Allah. Maz.107: 8, 15, 21, 23.
3. Hallal = Sangat bersukacita (Ledakan sukacita yang luarbiasa) dengan suara keras.
4. Zamar = Memainkan alat muzik (jenis bedawai), memuji dengan alat muzik. Maz.149: 3, 150:3-4.
5. BARAK = Memberkati Allah kerana Dialah sumber kejayaan, kemakmuran, dan kesuburan. Hak.5: 3, Maz.72 :13-15.
6. TEHILLAH = Puji-pujian pengagungan (bernyanyi dengan keras). Maz.33: 1. Maz.149: 6.
7. SHABACH = Berteriak dengan keras dengan sorak kemenangan.
II. Mengapa Kita Memuji Tuhan?
1. Perintah Tuhan. Maz.1501: 1.
2. Tuhan bersemayam diatas puji-pujian. Maz.22: 4.
3. Ada kuasa didalam puji-pujian. Maz.149 :6-9.
4. Adalah baik memuji Tuhan. Maz.29: 2.
5. Kerana layak DIa dipuji. Maz. 48:2, Wah.4: 11.
6. Kita diciptakan untuk memuji Dia. Yes. 43:21.
III. Bila Kita Memuji Tuhan?
1. Dalam keadaan gembira. Yak. 5:13.
2. Dalam keadaan tertekan. Maz.42: 6.
3. Disetiap waktu. Dipagi hari. Maz.57: 9. Dimalam hari. Maz. 119:62. Siang malam. 1 Taw.9: 33. Disegala waktu. Maz.34: 2.
IV. Bagaimana Kita Memuji Tuhan?
Dasar utama dalam kita memuji Tuhan adalah kita tidak memakai cara kita tetapi cara Tuhan. Alkitab banyak berbicara tentang cara-cara memuji Tuhan.
1. Mengangkat Tangan. Maz.63: 5, Maz.134: 3, Nehemia 8:6, Maz.141: 2.
Mengapa mengangkat tangan?
a. Tanda penyembahan kita kepada Dia. 1 Sam.4: 4 dan 1 Taw. 13:6 bentuk tangan yang mirip dengan sayap malaikat kerubim pada Tabut Perjanjian.
b. Gambaran seorang bayi yang minta digendong atau dipeluk oleh bapanya.
c. Lebih mudah untuk menumpukan perhatian (terutama di dalam doa).
d. Tanda keterbukaan hati kepada Tuhan (pekerjaanNya).
e. Menerima apa yang Tuhan lakukan dalam hidup kita (sikap yang pasrah).
2. Bertepuk Tangan. Maz.42, 47:2, 2 Jaj.11: 12. Didlaam tradisi bangsa Yahudi bertepuk tangan bukanlah untuk sekadar memberi "beat" tetapi sebagai salah satu bentuk "make joyful noise" kepada Tuhan.
3. Memainkan Alat-alat Muzik. MAz.105 :3-5. Ditangan para penyembah dan pemazmur maka alat-alat muzik menjadi "Praise" dan bahkan bernubuatpun boleh menggunakan alat-alat muzik. 1 Taw.25 :1-3.
4. Berdiri. 2 Taw.5: 13, Maz.134: 1. Merupakan tanda hormat dan kesiap siagaan. Kalau kita duduk maka kesiap siagaan itu menjadi berkurang dan fikiran boleh melayang-layang sehingga iblis boleh menggunakan kesempatan itu untuk meltakkan kakinya. Ep.4: 27. (Faathald).
5. Sukar, sujud bertelut dan tertelungkup. Maz.95: 6, Wah.19: 4, Wah.4: 10, Kej.19: 1, Yes.55: 14. Ini adalah bentuk-bentuk dari ekspresi kita di dalam menyembah Dia.
6. Bernyanyi dengan suara yang keras. Maz.26: 7. Bernyanyi dengan Bahasa Roh. 1 Kor.14: 15.
7. Menari-nari. Maz.149: 3, 150:4, 2 Sam.6 :14-16, Kel.15 :20-21. Tarian penyembahan.
8. Berteriak. Maz.47: 7, Maz.35: 27. Berteriak dalam bahasa Ibraninya Hillel iaitu kata dasar dari Halleluyah yang bererti berteriak dengan keras dengan penuh sukacita.
V. Apakah Penyembahan Itu?
Arti dasar yang membezakan puji-pujian dan penyembahan adalah:
Puji = pujian: Masuk ke dalam hadirat Allah.
Penyembahan: Menikmati hadirat Allah.
Definisi Penyembahan:
1. Dialog intim dan penuh aksih antara Tuhan dan manusia yang dilakukan secara berterusan di dalam kehidupan sehari-hari.
2. Pendedahan hati mengenai kasih, penyanjungan dan puji-pujian bagi Tuhan.
3. Kemampuan untuk mengagungkan Tuhan dengan seluruh keberadaan kita, roh, tubuh dan jiwa.
4. Orang di lakitab yang mengerti penyembahan yang dalam iaitu: Abraham. Kejadian 22:5. Ayub. Ayub 1:20. Daud. 2 Sam.12: 20.
A. Dasar-Dasar Firman Tuhan.
Keluaran 15:20 Miryam memimpin seluruh bangsa Israel memuji akan kebesaran Allah Israel yang sudah memenangi peperangan. "Sing ye to the Lord, for He had triumphed gloriously, the horse and his rider hath he thrown into the sea".
1. Kel.15: 1. "... I will sing unto the Lord, for He hath triumphed gloriously, the horse and his rider hath he thrown into the sea". Pada saat ini Musa menyanyikan lagu kemenangan bagi Allah. Didalam lagu tersebut dikatakan bahawa Allah kita adalah pahlawan perang (ayat 3).
2. Yosua 5:13-14. Juga berbicara Allah panglima perang yang senang berperang.
3. 2 Taw.20 :1-25. Juga menekankan bagaimana Allah yang berperang memberikan rahsianya kepada nabiNya bahawa puji-pujian memegang peranan yang amat penting di dalam peperangan dan mengalahkan musuh.
B. Teriakan (Memekik) Didalam Peperangan. (The Shout In The Warfare).
1. Yosua 5:20. Yosua memimpn bangsa Israel menakluk tembok Yerikho dengan berteriak (sorak-sorai).
2. Hak.7: 20. Gideon bersama ke 300 tenteranya menakluk bangsa Median dengan teriakan (sorak-sorai).
Didalam kita berteriak kita tidak memfokuskan kepada musuh atau emosi tetapi kepada Tuhan yang sudah memberikan kemenangan atas situasi sekeliling kita.
Didalam keempat ayat ini kita melihat ada beberapa kelainan dari apa yang biasa kita lihat di dalam peperangan. Biasanya dalam peperangan fokus utama kita adalah musuh kita, tetapi kalau kita didalam Tuhan fokus kita tidak lagi musuh tetapi Tuhan yang merupakan jawapan bagi persoalan kita dan kemudian memuji Allah kerana kasih setiaNya yang tidak berkesudahan.
C. Pujian Pengagungan Allah (The High Praise Of God).
Maz.149: 6. "Biarlah pujian pengagungan Allah ada dalam kerongkongan mereka". Ini adalah satu-satunya ayat yang berbicara mengenai pujian pengagungan Allah dan ada tiga arti dari pujian ini:
1. Puji-pujian yang amat "mengangkat" (Intensive level of praise). Maksudnya ialah mungkin kita semua pernah mengalami didlaam kebaktian di mana belum lama kita bernyanyi tiba-tiba kita merasakan hadirat Allah begitu kuatnya dan membuat kita tidak menyembah dengan merdeka.
2. Puji-pujian di Syurga (Para Malaikat) bersatu dengan puji-pujian di bumi. Di Syurga Malaikat memuji dan menyembah Tuhan 24 jam sehari, dan di Bumi ketika kita memuji Tuhan dengan sepenuh hati memberikan pujian (korban pujian) dan penyembahan maka gabungan dari puji-pujian itulah disebut pujian pengagungan Allah (sama-sama memuji dan mengagungkan Allah).
3. Pada bahagian ketiga ini kita akan lihat lebih dalam mengenai apa yang terjadi di Alam Roh (heavenly) iaitu peperangan rohani.
Daniel 10:1-14 berbicara mengenai Daniel yang berdoa dan doanya itu sudah dijawab sejak ia mengucapkannya namun iblis berusaha menyabot yang dari Tuhan itu. Melalui ayat ini kita memahami bahawa kuasa kegelapan menguasai seluruh langit dan bumi: Negara-negara, Bandar-bandar, rumah bahkan individu.
Bermacam-macam bentuk peperangan rohani dapat kita lakukan misalnya: Doa, Puasa, dan akhir-akhir ini Tuhan mulai menyatakan bahawa peperangan rohani juga boleh dilakukan melalui puji-pujian.
Maz.149 berbicara mengenai puji-pujian dan pedang bermata dua atau Firman Allah. Inilah yang iblis benci, kerana selanjutnya ayat-ayat itu menyatakan bahawa iblis itu disiksa, dibelenggu dan dihukum oleh puji-pujian dan firman Tuhan (Rahsia kebenaran / pengajaran). Dan akhirnya adalah penginjilan terbuka, jiwa-jiwa diselamatkan, contoh:
Lukas 24:53. Mereka sentiasa berada di rumah Allah memuliakan Allah / Praising God.
Kis.2: 41. Orang-orang yang menerima perkataanNya memberikan dirinya dibaptis dan apda hari itu jumlah mereka bertambah kira-kira 3000 orang.
Jadi tujuan puji-pujian rohani dalam peperangan rohani adalah penginjilan. Akibat mengikat, membelenggu, dan menyiksa serta menghukum si iblis maka jiwa-jiwa dilepaskan dari cengkaman iblis.
Kita hanya mengangkat panji puji-pujian yang tinggi dan dengan iman menyaksikan kuasa Allah dilepaskan dan firmanNya memenuhi seluruh bumi.
Yesaya 30:32. "Sebab setiap pukulan dengan tongkat penghajar yang ditimpakan Tuhan ke atasnya (musushNya), akan diiringi rebana dan kecapi dan Ia akan berperang melawan Asyur dengan tangan yang diayunkan untuk peperangan". Pemain muzik ayo gunakan alat-alatMu untuk mengiringi Tuhan menghajar musuh.
Yesaya 25:7. "Dan diatas gunung ini Tuhan akan mengoyakkan kain perkabungan yang diselubungkan kepada suku bangsa dan tudung yang ditudungkan kepada segala bangsa-bangsa". Dan lihat juga 2 Korintus 4:3-4. Pada ayat diatas dikatakan "Gunung ini" Ini adalah guung Sion tempat puji-pujian. Gunung Musa adalah tempat pengorbanan (korban) sedangkan Sion adalah pusat muzik, nyanyian dan puji-pujian.
Yesaya 31:4. ".. Demikianlah Tuhan semesta alam akan turun berperang untuk mempertahankan Gunung Sion dan buktinya".
Yesaya 66:6. "Dengar, bunyi kegemparan dari kota, dengar, datangnya dari Bait Suci. Dengar Tuhan melakukan pembalasan kepda musuh-musuhNya ". Kegemparan apa yang terjadi? itu adalah pujian pengagungan Allah yang keluar dari Bait Suci (Gereja Tuhan) diakhir zaman ini.
Mazmur 144:1. Terpujilah Tuhan Gunung Batu ku, yang mengajar tanganku untuk bertempur dan jari-jariku untuk berperang. "Tuhan ingin mempersiapkan dan melatih para pemuzik dan pemimpin pujian untuk masuk didlaam peperangan. Dia ingin melatih tangannya untuk bermain piano, gitar, drum, biola, bass, juga suara, untuk apa? Masuk di dalam peperangan dengan puji-pujian pengagungan Allah dan menghancurkan musuh. Halleluyah.
Masuk Didalam Peperangan.
Didalam kebaktian musuh kita bukanlah jemaah. Apa yang harus kita lakukan kalau kita menghadapi situasi di mana jemaah sukar untuk dibawa memuji Allah. Jawapannya adalah: Kumpulkan seluruh pemain muzik, pemimpin pujian dan para singers berdoa dan amsuk didalam pujian pengagungan Allah dan mengikat kuasa kegelapan yang mengikat jemaah untuk memuji Tuhan.
Pemimpin Pujian.
Memimpin puji-pujian adlaah suatu "Seni" yang perlu dipelajari, ditekuni, dan dipraktikkan, dimana hal ini tidak boleh didapati secara cepat dan mudah tetapi melalui proses yang cukup lama dan itu bergantung individu. Ada yang secara cepat belajar dari pengalaman (kesalahan-kesalahan peribadi selama memimpin dan ada juga yang belajar dari pengalaman kesalahan orang lain).
Sebagaimana seorang pensyarah belajar bagaimana memperbaiki cara berkomunikasi didalam menyampaikan firman dan seorang pengajar mencari jalan untuk memperbaiki cara mengajarnya sehingga lebih berkesan, hal ini pun juga berlaku bagi seorang pemimpin puji-pujian.
Keperluan Akan Pemimpin Pujian.
1. Pemimpin pujian harus seorang worshipper, bukan seorang yang suka menyembah tetapi seorang penyembah.
2. Kehidupan rohani yang baik (dewasa), bukan seorang yang baru bertaubat.
3. Harus mengenaly style dari puji-pujian gereja atau persekutuannya.
4. Mempunyai level musikalitas tertentu (skill).
5. Mempunyai nama baik di dalam gereja / persekutuan.
6. Harus boleh membaur sebagai sebahagian dari team tersebut.
7. Harus boleh menekuni bidangnya.
Mempunyai personaliti yang hangat dan mesra (menyenangkan) bukan yang introvert.
Kemampuan Seorang Pemimpin Pujian: Semakin mampu bernyanyi semakin baik.
1. Mampu bernyanyi.
2. Didalam memimpin pujian harus tetap pada nada suara satu (melody tsb) kecuali jika singernya menyanyikan suara satu maka kemudian baru pemimpin pujian boleh melakukan improvisasinya.
3. Boleh menguasai keadaan kalau lagunya salah kunci.
4. Menguasai tempo dan macam-macam irama dari lagu yang dinyanyikan (stabil didalam tempoh).
5. Boleh memulakan sebuah lagu dengan irama dari yang tepat sekalipun dari berhenti.
6. Mampu berkomunikasi dengan pemain muzik serta singers (dengan memakai bahasa tanda).
Petunjuk Praktis Dalam Memimpin Pujian:
1. Bina hubungan baik dengan sesama pemain muzik:
- Jangan memperbaiki kesalahan dan berdebat di depan umum.
- Berlatihlah dengan pemain muzik.
- Memberi aba-aba tangan yang mudah diikuti.
Tulislah lagu-lagu yang akan dinyanyikan beserta kunci-kuncinya di sehelai kertas.
2. Jangan terlalu banyak berbicara:
- Ajak jemaah ketika memulakan penyembahan (jangan menganggap mereka semua sudah tahu). Ini harus dilakukan dengan baik agar tidak memakan masa terlalu lama.
- Dengan banyak berbicara saudara boleh mengganggu jalannya "flow".
- Ajar dan berkata-katalah dengan lembut, jangan menegur (condem).
- Berbicaralah mengenai Allah dan bukan dirimu.
3. Pilihlah lagu-lagu dengan teliti:
- Berhati-hati dengan lagu-lagu yang berubah-ubah iramanya, juga jangan berulang-ulang menyanyikan lagu yang brgnti-ganti iramanya, mis: dari lagu yang bertempo cepat, kemudian berganti menjadi lambat, atau dari lagu yang berthema sukacita menjadi peperangan rohani.
- Pilihlah lagu tambahan yang diperlukan untuk berjaga-jaga.
- Ijinkan Tuhan bekerja. Mungkin saudara tidak perlu menyanyikan semua lagu yang telah disediakan.
Kuasailah Lagu-Lagu Yang Saudara Pilih.
- Jangan menyanyikan lagu-lagu yang saudraa belum / tidak biasa menyanyikannya.
- Jangan mempraktikkan lagu-lagu yang belum dikuasai kerana boleh membuat suasana menjadi kacau.
- Memimpin dengan tegas dan jelas (pasti).
- Saudara harus memimpin dan bukan jemaah dan pemain muzik.
- Cra yang terbaik ialah dengan menggunakan suaramu, jangan takut untuk mengambil not (memulakan) kerana ini penting.
- Jemaah tidak akan mempunyai keyakinan terhadapa orang yang lemah di dalam memimpin (weak leadership). Pimpinlah juga dengan seluruh tubuh dan juga wajahmu.
- Secara garis besarnya saudara harus menyanyikan lagu-lagu dengan utuh. Improvisasi boleh dilakukan dan mempertimbangkan dan mahal harominssi dan harus ada singer yang menyanyikan lagu utuhnya.
- Relakslah, tersenyum, jadilah seperti dirimu sendiri (natural), penampilan yang menarik.
- Pimpinlah jemaah kepada Tuhan (fokus) dan bukan kepada dirimu.
Sensitif Kepada Flow Dan Timing Roh Kudus.
- Mulakan dengan membangunkan iman dan kepercayaan mereka.
- Saudara boleh cuba untuk mengajaka pemain muzik untuk menyanyikan "the song of the Lord" Taw.25: 2.
- Jangan takut untuk berdiam diri pada saat-saat tertentu di mana saudara rasa Roh Kudus memimpin.
- Sensitif akan klimaks. Setiap pujian selalu ada klimaksnya dan kalau sudah sampai pada klimaksnya harus berhenti bererti jemaah sudah siap menrima Firman Tuhan.
Kehidupan Para Pemain Muzik.
Ada 4 hal yang harus dimiliki pemain muzik dalam muzik ministry.
- Dikuduskan / proses pengududsan berjalan setiap hari (sanctification).
- Penaklukkan diri / mau dibentuk, diajar dan setia (submission).
- Kepekaan akan Roh Kudus / pimpinanNya (sensitifity).
- Kemampuan bermain alat muzik (skill).
Beberapa syarat yang harus dipenuhi jikalau seseorang ingin masuk didalam muzik ministry:
1. Dipilih dan dipisahkan Tuhan. 1 Taw.16: 41, 1 Taw.25: 1, 2 Taw.20: 21, Neh.7: 1.
- Perkhidmatan muzik ini adalah perkhidmatan keimamatan, jadi harus mempunyai panggilan yang agung dan kudus dan bukan sesuatu yang main-main.
- Pemain muzik harus didoakan dan dipisahkan di dalam perkhidmatan mereka.
2. Memakai pakaian efod yang diperbuat dari kain lenan putih. 1 Taw.15: 27, 2 Taw.29: 15, Neh. 12:30.
- Kain lenan putih adalah lambang dari dibenarkan didalamYesus. Yes.61: 10.
- Kehidupan perkhidmatan tidak dapat dipisahkan dari kehidupan di dalam kebenaran.
3. Hidup didalam kekudusan. 1 Pet.1: 16.
4. Mau diajar / dibentuk. 1 Taw.25 :6-8.
- Orang yang sentiasa mau dibentuk adalah orang yang mempunyai karakter.
- Menjadi terbuka untuk dibetulkan, dan jangan pernah berfikir "saya mengetahui semua" dan aklau saudara mempunyai sikap seperti itu adalah sikap yang salah.
- Musik bukanlah salah satu daripada kurnia-kurnia Roh, itu adalah suatu bakat yang diberikan Tuhan jadi harus dibangunkan.
- Jikalau mungkin perdalamlah muzik dengan formal training.
5. Selalu mengusahakan Kesatuan. 2 Taw. 5:13, Maz.133 :1-3, Tes.3: 12.
- Berkat Tuhan mengalir di tengah kesatuan.
- Seringkali pemimpin pujian, singer, pemain muzik tidak bersatu dan tidak sependapat sehingga kebaktian tidak berjalan lancar, untuk itu perlu "saling memahami dan saling menyokong" kelemahan dan kekurangan satu dan lain-lain. TIDAK ADA KOMPETISI DIDALAM TEAM DAN TIDAK ADA SALING MENONJOL SEMUA TALENTA DISEDIAKAN OLEH TUHAN DAN UNTUK TUHAN.
6.Harus Setia. 1 Taw.6 :31-32, 16:37, 8:14. Neh.12: 45.
- Mereka setia pada tugasnya dan sentiasa siap sedia melakukan tugas walaupun dalam keadaan lelah.
- Harus rajin setiap saat walaupun kelihatannya begitu monoton dan membosankan.
Organisasi pasukan Musik.
1. Ketua pasukan muzik diangkat. 1 Taw.15: 16,22,27; 16:5; 25:1-8. 2 Taw.5: 12. Neh 12:42.
1 Taw.23: 5 menyatakan bahawa ada 4000 orang yang memuji Tuhan dengan alat muzik. Dibawah pemerintahan raja Daud mereka itu dibahagikan kepada 24 bahagian di bawah pimpinan Asaf, Heman dan Yedutun (24 orang anak-anak mereka). 24 orang itu mengepalai lebih dari 288 singers dan pemain muzik.
- Bentuk pemerintahan yang dibentuk Allah bukanlah demokrasi, kita memerlukan leadership.
- 3 orang, Asaf, Heman dan Yedutun diletakkan di dalam bidang muzik dan kenanya memimpin puji-pujian (master of song).
Asaf.
- 1 Taw. 6:39, 15:17, 25:1-2, 2 Taw.20: 14, 29:30, 35:15. Namanya mempunyai erti - dia yang mengumpul dan menghilangkan celaan (aib / malu).
- Setiap pemimpin muzik harus boleh melindungi dan mengerti kelemahan dari sifat dan watak dari bawahannya / anggotanya.
- Perkhidmatan muzik adalah mengumpulkan orang dan menolong mereka dalam penyembahan dan melihat Tuhan.
Heman.
- 1 Taw.6: 39, 25:5, 2 Taw. 35:15.
- Namanya bererti - seseorang yang setia.
- Di mana-mana gereja atau persekutuan mereka mencari hal kesetiaan didalam menjadi pemuzik atau pemimpin pujian.
ETAN / Yedutun.
- 1 Taw.6: 44; 15:17; 16:38,41,42; 25:1,3,6; 2 Taw.5: 12; 29:14; 35:15; Neh.11: 17, Maz .39:62,67.
Ertinya seseorang yang sentiasa memuji-muji Allah.
Kenanya
- 1 Taw.15: 22,27.
- Ertinya di syahkan oleh Allah Yehova.
- Kalau Tuhan panggil maka Dia akan lengkapi dan sahkan kita. Ini adlaah warisan yang diberikan melalui Yesus Kristus.
2. Pemain muzik membantu tugas-tugas di dalam rumah Tuhan. 1 Taw.9 :26-33.
- Para penyanyi (pemimpin pujian) bersama dengan keluarga Lewi (para imam) mengerjakan tugas sehari-hari di rumah Tuhan, mereka bukanlah sekumpulan orang-orang yang "elite".
- Mereka mempersiapkan anggur dan minyak - berbicara mengenai urapan dan sukacita yang dicurahkan melalui muzik ministry.
- Mereka menunggu pintu gerbang berbicara mengenai pemain muzik membantu dalam menggembalakan biri-biri. Kita perlu siap dalam melayani setiap jemaah.
- Mereka menyediakan campuran rempah-rempah - berbicara mengenai pembentukan karakter seorang pemain muzik dan pemimpin pujian didalam doa dan penyembahan, dan mengizinkan Tuhan membentuk kita, menghancurkan sehingga keharuman pengurpan Roh Kudus (Luk.7: 38) memenuhi Rumah Allah. :: End :: pr-011-1999

























